Sunday, February 21, 2010

"my name is khan"

semalam aku pergi tengok cerita hindustan..
macam tak percaya plak..
ni first time aku tengok cerita hindi kat wayang..
lagipun dah lama aku tinggalkan dunia hindi ni..

tapi segalanya berubah bila pakwe aku ajak tengok..
"my name is khan"
pergi tengok kat kompleks bukit jambul je..
ye la..wayang lain kat penang ni takde cerita hindi..
kat bukit jambul ni wayang muhibah (bak kata pakwe aku)..
cerita hindi ada,melayu ada,tamil ada,cina ada,indon ada,mat saleh ada,siam ada..
semuala ada..
cukup semua bangsa dan negara..hehe

ok cukup pasal wayang bukit jambul..
sambung cerita pasal "my name is khan"
hero dia shah rukh khan..
heroin dia kajol..
mereka ni nampak tua sikit dalam cerita ni..
logikla..masing2 umur da berapa..
tapi okla..
mereka tak berlakon jadi orang muda..
mereka berlakon sesuai ngan umur mereka..

aku respek kat shah rukh khan..
lakonan dia memang menjadi..
dalam cerita ni dia ada sindrom autism..
kalau tak tau autism tu apa..
google sendiri ye..
karang panjang lebar pulak aku cerita kat sini..
tapi secara basicnya..
orang yang ada sindrom ni takutkan bunyi bising..
takutkan warna kuning..
takutkan persekitaran baru dan orang yang tidak dikenali..
dan mereka ni lurus bendul..
kalau korang rasa korang lurus bendul..baek pergi check kat hospital..
entah2 autism..hehe..gurau je..

ok2..sambung cerita..
khan berhijrah ke amerika..
kat sana dia jumpa kajol(lupe plak nama watak kajol)..
khan kawen ngan kajol (janda anak 1)..
kajol ni hindu.khan ni islam..
tapi kawen tak macam islam..
memang pelik part ni..
pastu bila da kawen si kajol ngan anak dia ni ada nama khanla..
nak dijadikan cerita, time tu world trade centre runtuh..
dan orang islam dianggap dalang..
sejak peristiwa tu orang islam di amerika dipandang serong..
dihina..dipukul..
semua islam dianggap pengganas..
sampai anak tiri khan mati kena belasah sebab ada nama khan..
kajol sedih sebab kerana dia kahwin ngan khan..
anak dia mati..
so dia halau khan..khan nak balik rumah tu lagi..
tapi ada syarat..
khan kena jumpa presiden amerika dan sampaikan mesej..
"my name is khan.and im not a terrorist"
dia pon teruskan perjalanan dia untuk sampaikan mesej ni..
macam2 dugaan melanda..
sampai dia jadi famous..
nak tau lebih lanjut..
pergila tengok cerita ni sendiri k..
kalau cerita habis kat sini dah tak syok..hehe

cerita ni bagi aku penuh ngan kontroversi..
mungkin menyentuh sensitivi banyak pihak..
aku suke mesej yang nak disampaikan..
bahawa islam itu bukan pengganas..
tapi ada banyak kelemahan dari segi islamnya dalam cerita ni..
mungkin pengarahnya bukan islam..
kurang mahir mengolah dari sudut islam..
tapi mesej tu sampai..
kita yang menonton ni perlu ambil yang mana baik sahaja..
lagi satu..
cerita ni takde babak2 nyanyian dan tarian..
aku suka..
takde babak2 seksi dan menggairahkan..
aku suka..

tapi aku sebagai islam memang rasa terbakar gakla..
bila tengok cerita ni..
kat sekolah,cikgu ajar,islam agama paling kejam kat dunia..
mana diorang tak benci islam..
dari kecik lagi da dididik untuk membenci islam..

yang besnya..
ada penampilan ekslusif..
bush dan obama pon ada dalam cite ni..
tapi obama tu orang lain da berlakon..
tapi rupa ada iras..
hm..okla..
makin panjang lebar berleter ni..
nanti dah tengok, gitaula best ke tak ye?=)

2 comments:

GeminiSupport said...

Hello Gemini clients? Is it true that you are searching for open and private keys? On the off chance that indeed, you don't need to do troublesome advances, just by dialing Gemini Customer care Number +1800-665-6722 and addressing the competent specialists can tackle each paltry or hard multifaceted nature in division of minutes. The specialists esteem their clients and leave no way to convey only the most appropriate arrangements and techniques. They are constantly useful and you can approach them at whatever point you confront any blunder or for best help.

Peter parker said...

How to transfer ERC-20 tokens into Gemini?

If you are facing troubles in transferring the ERC-20 tokens into Gemini and seeking the solution then why to make late, instantly call our Gemini support Phone number +1877-209-3306 to get in touch with Gemini support team. Our Gemini techies are available all the time where you may start discussing as per your needs. So always feel free to talk to us in this regard. Our toll free number is in service round the clock so no need to wait anymore when you need any help for Gemini issues.
Visit : https://www.cryptophonesupport.com/exchange/gemini/